BUKAN CINDERELLA

Dedicated to sahabat tercinta, you know who you are..Maaf sebab lambat menyiapkan karya yang terbengkalai.

…………………..

“Saya nak jadi Cinderella,cikgu!” kataku bersemangat ketika ditanya tentang impian dan cita-citaku. Dan semua rakanku menghamburkan tawa sampai mengalirkan air mata. Tak kurang juga yang mengetuk-ngetuk meja. Yang paling melucukan, Firdaus, jatuh dari kerusi dek kerana teruja mentertawakan aku.

Cikgu Khadijah hanya menggelengkan kepala, “Awak nak kahwin dengan anak raja mana ni, Jannah?”

Belum sempat aku menjawab, Firdaus terlebih dahulu menyampuk, “Rajagopal la cikgu!”

Belum lagi reda tawa rakan sekelas kerana jawapan aku, tawa mereka disambung pula dengan jenaka dari Firdaus. Bagi mereka, itu satu gurauan, tapi bagi aku itu amat menjengkelkan hati. Mereka ni tak pernah nak bagi semangat pada kawan sendiri. Cikgu Khadijah macam tidak menyokong aku. Aku berlari keluar dari kelas sambil menekup muka ingin menyembunyikan tangisku. Kelas yang tadinya riuh, sunyi semerta.

Tersenyum sendirian aku pabila mengimbau kembali kenangan lalu. Tapi masih ada rasa jengkel di hati dek tawa rakan-rakan dan pandangan sinis Cikgu Khadijah. Mereka ingat aku ni berangan macam Mat Jenin. Tapi tidak, aku betul-betul mahu menjadi Cinderella. Aku ada mak tiri ke? Taklah. Dah tu, aku ni orang miskin yang berangan nak jadi puteri raja? Semestinya bukan. Aku puteri tunggal kepada ahli perniagaan yang berjaya. Ibuku pula pensyarah di salah sebuah university tempatan. Kenapa aku mahu menjadi Cinderella? Sebab aku nak kahwin dengan putera raja. Macam Princess Diana. Aku nak jadi popular macam dia. Tapi aku bukan setakat mahu menjadi popular, aku juga ingin aktif dalam kerja kebajikan bak Princess Diana. Tinggi betul cita-cita aku.

Aku dibesarkan dengan kisah-kisah dongeng dari barat. Setiap kali sebelum tidur, ibuku pasti akan membacakan sebuah cerita sehingga aku tertidur. Aku tidur sambil menenun mimpi indah berjumpa jejaka idaman yang menunggang kuda putih sambil menggenggam sekuntum ros. Ah, pasti indah waktu itu kan. Masa berganti, dan kini aku sudah pun berada di sebuah universiti tempatan melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi. Yang manisnya, impian itu masih tersemat utuh di sanubari aku. Dan aku yakin, tak lama lagi impian aku akan tercapai. Yang pahitnya, aku belajar sebumbung dengan dia yang telah memalukan aku satu waktu dahulu. Firdaus! Nasib baik lah kami bukan satu jurusan. Dia ambil jurusan kejuruteraan. Dan kami jarang berjumpa. Tapi kalau kebetulan terjumpa, aku dapat rasakan dia menghulurkan pandangan sinis terhadap aku. Mungkin dia teringat kisah dulu. Ah, apa ku kisah! Aku bukannya nak kahwin dengan dia pun. Aku nak kahwin dengan anak raja.

“Bushhh!” monolog hatiku terhenti apabila kelihatan ketenangan tasik di hadapanku terganggu dek lontaran batu oleh seseorang. Lantas aku menoleh. Lalu tersenyum.

“Kau rupanya Intan. Dari mana?” aku bertanya sambil tersenyum melihat sahabat baikku itu.

“Library. Jumpa Haikal,” jawabnya sambil tersipu malu.

Aku hanya tersenyum. Intan ni, sejak ada pakwe, asyik berkepit je. Kalah si belangkas.

“Eh, malam ni jom keluar!,” Intan memecahkan kesunyian.

Aku terdiam. Walaupun aku bukan dikategorikan sebagai muslimah sejati, aku tidak berapa berkenan keluar malam-malam. Tak manis rasanya.

Bagai sudah mengagak jawapanku, Huda hanya tersenyum dan menarik tanganku balik ke asrama penginapan kami. Intan mungkin gadis yang liar, tapi dia tak pernah memaksa aku untuk menyertai aktiviti malamnya. Dia menghormati aku. Dan itulah rasanya antara satu sebab yang mengukuhkan persahabatan kami.

…………

Pada satu petang, tika aku dalam perjalanan pulang dari kelas, mataku menangkap sekilas satu poster. Designnya menarik. Tapi yang menarik perhatian aku adalah kata-kata yang tertulis di situ.

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya tentang apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya” Hadis riwayat Tarmizi.

Tersentap dadaku tatkala membaca bait-bait kata itu. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja segala aktiviti hidupku bagai terpampang depan mata. Banyak gelak tawa, penuh dengan keseronokan. Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menghimpit dadaku sehingga sesak. Namun cepat sahaja syaitan memainkan peranan membuang segala kegusaran hati.

“Ala, Jannah. Kau bukannya tak solat, full lima waktu. Puasa pun penuh, kalau tak penuh kau cepat-cepat ganti kan. Aurat pun kau tutup. Takde yang kurangnya amalan kau.”

Dan hatiku kembali tenang.  Tenang ke? Entahlah yang penting dadaku tak sesak macam tadi. Aku membuka langkah untuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba langkahku terhenti. Sorot mataku tertancap pada makhluk yang paling aku elak untuk bertembung. Tapi terlambat, pandangannya sudah jatuh padaku. Lalu dia menghampiri, sahabat-sahabatnya yang lain ikut dari belakang, semua berkopiah, baru balik dari masjid kot,begitulah monolog hatiku menutur bicara.

Aku hanya diam di situ. Hilang punca, tak tahu ingin lari ke arah mana.

“Assalamualaikum,” dia memulakan bicara. Aku hanya menjawab dalam hati.

“Eh, Jannah kau dah tak kenal aku ke? Aku Firdaus la,” dia menyambung bicara apabila mendapati aku hanya mendiamkan diri. Aku alihkan pandangan dari wajahnya. Dan dia juga tak menatap wajahku. Begitulah dia sejak dulu. Ramah dengan semua orang, tapi pergaulannya dengan kaum bukan sejenis amat dia jaga. Maklumlah, anak tok imam.

Aku hanya mengangguk dan senyum. Aku masih tak boleh lupa peristiwa lalu. Maluku masih menebal. Dan dialah yang paling banyak menyumbang kepada perasaan itu. Esh, dia ni tak faham perasaan orang ke? Dahlah tak pernah minta maaf. Hari aku menangis dulu, semua minta maaf, tapi dia tak, duduk je di kerusi sambil tersenyum kambing. Siapa yang tak bengang.

Setelah melihat reaksi hambarku, Firdaus akur dan terus memberi laluan untukku melangkah. Belum jauh aku melangkah, “Eh, Jannah!”

Dan belum sempat aku menoleh, kakiku terpijak sesuatu yang licin, lalu dalam sekelip mata aku jatuh tersungkur di hadapan mereka. Muka menyembah lantai. Damn it! Macam mana ni? Nak buat-buat pengsan ke? Tapi siapa yang nak angkatkan? Takkanlah mereka yang berkopiah nak tolong angkatkan aku? Nak bangun? Mesti malu giler nak berhadapan diorang. Dalam aku sibuk mengatur strategi, kedengaran tawa yang tertahan dari belakang. Ahh, aku tak kira. Malu pun malulah. Dengan perasaan yang sebal aku bangun sambil menyeranah plastic yang bertanggungjawab menjatuhkan aku tadi.

“Kau okay tak?” kedengaran suara garau dari belakang.

Tanpa menghiraukan teguran tadi, aku melangkah meninggalkan mereka dengan sedikit terhencot.

………….

“Mummy!” jeritku seraya menerpa ke arah ibu tersayang. Memang sudah menjadi kewajipanku balik ke rumah setiap hujung minggu. Maklumlah rumah dengan tempat aku belajar memang dekat.

Dan ibuku tersenyum sambil memandangku penuh kasih. Dalam sekelip mata aku berada dalam pelukannya.  Dielusnya lembut rambutku. Puas mengelus rambut, diusapnya pula bahuku. Ah, damainya berada di sisi ibu.

“Daddy mana Mummy?” soalku sambil mata melilau mencari kelibat bapa tersayang.

“Kat office lah. Ada urgent meeting katanya. Alamatnya malam nanti baru balik.”

“Daddy ni sibuk betullah. Kita balik nak bermanja dengan dia,” aku mencebik separuh merajuk. Ibuku hanya tersenyum.

“So, how’s your day? Anything to share? Study okay?”

Mendengar pertanyaan Mummy, teringat pula peristiwa semalam. Tanpa disedari aku menggelengkan kepala.

Dan Mummy menyalahtafsirkan reaksiku.

“Ada problem ke dengan study? Lecturers buat hal? Nak tukar university?” Mummy mula menembakku dengan pelbagai soalan. Tak sempat aku tepis satu persatu peluru-peluru soalan yang diajukan.

“Eh, takde lah Mummy. Study okay je. Lecturers pun best. Mummy ni takkanlah kalau ada problem dengan lecturers sampai nak tukat university,” Mummy hanya tergelak mendengar omelanku.

“Eh, Mummy, Jannah belum solat lagilah. Jannah naik solat dulu ye. Mummy dah solat ke?

“Er, takpelah. Jannah solat dulu,” Mummy menjawab teragak-agak.

Aku mendaki tangga dengan perasaan sedih di hati. Aku tak pernah Nampak kedua ibu bapaku solat. Mereka pun tak pernah ajar aku solat. Aku belajar solat pun masa belajar kat sekolah berasrama dulu. Alhamdulillah, melekat sampai sekarang. Tapi selalunya aku solat di hujung waktu. Bagiku, itu tidak mengapa, asalkan aku dah melaksanakannya.

………..

Ketibaanku di pintu bilik asrama disambut dengan pelukan dari Intan. Kedengaran tawa gembira darinya. Aku turut tersenyum walaupun aku tak tahu pucuk pangkalnya.

Belum sempat aku bertanya, Intan menarik aku ke katil dan mula membuka cerita.

“Haikal cakap dia nak kahwin dengan aku. Tapi dia cakap dia nak kumpul duit dulu. Lepas tu kita orang beli cincin sepasang yang macam couple selalu pakai tu.” Ceritanya gembira sambil menyuakan jari manis runcing milik gadis comel itu.

Aku hanya tersenyum. Tumpang gembira. Tak sempat aku membalas bicara, Intan menyambung, “Kau tak nak rasa ada boyfriend ke Jannah? Best tau. Boleh curahkan kasih sayang kat dia. Bila keluar dia belanja kita makan. Macam-macam lagi la.”

Aku hanya tersenyum, “Bukan aku taknak Intan. Tapi aku punya taste tinggi sikit. Aku tak jumpa lagi yang berkenan di hati. Bukannya aku tak cemburu tengok kau dengan Haikal. Tapi tulah, lagipun kau tahu kan aku nak kahwin dengan anak raja. Jadi Cinderalla.” Ujarku sambil tersenyum gatal. Tak sempat aku nak menganyam anganan, Intan melibas kepalaku dengan tangan lembutnya. Sakit juga terasa.

“Kau ni kan Jannah, tak pernah nak berpijak di Bumi nyata. Mana la ada Cinderella zaman sekarang ni.”

“Ala, Kate Middleton yang kahwin dengan Prince William tu,” aku tak mahu mengalah.

“Yelah, tapi kalau kat Malaysia ni kau nak kahwin dengan anak raja mana? Semua tak hensem!” habis sahaja Inten berbicara, terhambur tawa kami. Betul juga cakap Intan tu. Maknanya aku kena pikat anak raja luar Negara la. Kalau bukan Islam, aku suruh dia masuk Islam. Macam serius je perancangan aku ni.

………….

Entah kenapa semenjak dua menjak ni, aku asyik bertemu je dengan mamat ni. Dahla dia jadi ramah pulak nak menegurku.

Pagi tu, aku kelam kabut nak ke kelas, dah lewat dah waktu tu. Terserempak pula dengan dia. Dari jauh lagi dia senyum. Boleh pulak dia senyum dengan aku ye, dia tak tau ke aku ni tak suka dia.

“Jannah!” hah, dah tegur dah.

Terpaksalah aku berhenti. Aku menoleh. Dia senyum. Aku buat muka takde perasaan.

“Nak ke mana ni?”

“Kelas.”

“Aik, hari Ahad pun ada kelas?”

Aku terdiam. Berfikir sejenak. Hari Ahad? Bukan hari Isnin ke? Mindaku terus berputar ligat. Ya Allah, hari ni hari Ahad la. Patutla Intan syok je tidur. Mindaku kembali ligat mencari alasan.

“Aah. Kelas ganti.” Jawabku gugup. Mintak-mintak dia tak perasan.

“Aku pergi dulu la ye. Nanti lambat.”

Dia hanya tersenyum dan mengangguk.

“Eh, Jannah!” suaranya membuat langkahku terhenti. Aku menoleh apa lagi la yang dia nak.

“Tu kan jalan ke masjid. Fakulti kau sebelah sana kan?” Ujarnya sambil menunjuk arah di belakangnya. Sekali lagi aku terkena. Aku berpusing dan meneruskan langkah. Tunduk. Muka aku dah merah padam.

……………..

Petang ini, sekali lagi aku disambut oleh Intan di hadapan muka pintu bilik. Aku ingatkan ada berita gembira. Namun, setelah melihat matanya merah menahan tangis, ditambah pula kerutan di dahinya, dadaku serta merta bergetar. Kenapa dengan Intan?

Dipeluknya aku seerat-eratnya. Aku hanya mampu menepuk-nepuk belakangnya dengan harapan kesedihan Intan reda. Tapi, tangisan Intan semakin kuat. Sedikit-sebanyak aku gelabah. Buntu memikirkan tindakan selanjutnya.

Sedang minda aku ligat berputar, Intan bersuara, “Jannah, kau kena tolong aku,” ujar Intan dalam esak yang tak berkesudahan.

Aku mengerutkan dahi, lantas bertanya, “Tolong apa Intan? Selagi aku boleh tolong, aku tolong ye, cuba kau cerita,” aku cuba mengusir kegalauan hatinya sedang qalbuku turut sama runsing.

“Aku…aku,,aku mengandung, Jannah!” luah si Intan.

Aku terpana. Serasa sesak dadaku. Bagaikan tidak mempercayai apa yang berlaku, aku menggelengkan kepala dengan mata yang membulat. Tubir mataku terasa panas. Tangan yang tadinya erat memeluk Intan mulai melepaskan pelukan. Aku mula menjauhkan diri darinya. Intan pula hanya mampu terduduk sambil menundukkan muka. Sesungguhnya, fikiran aku ketika itu kosong. Aku buntu. Terkejut. Benci. Bermacam perkara menyesakkan dadaku ketika itu. Dan Intan terus menangis.

Tanpa aku sedari, kaki mula melangkah meninggalkan Intan. Begitu deras langkahan kakiku. Dari jauh kedengaran jeritan Intan memanggil namaku. Tapi tidak kupedulikan. Aku terus berlari sambil menangis. Esakan tidak dapat aku tahan lagi.

………..

Dan aku berhenti di situ. Di tasik yang sama tempat kami menyulam kemesraan. Di situ jugalah yang menjadi tempat kami berkongsi rahsia. Aku menghamburkan tangisan sepuas-puasnya. Aku tidak percaya sahabat baikku sendiri terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti itu. Lebih tepat lagi, aku sekali-kali tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Kerana tidak pernah tercapai dek jangkauanku, perkara sebegini akan terjadi.

Aku menangis dan menangis. Jiwaku kacau. Tidak tahu pada siapa ingin meminta pertolongan. Sedang sibuk diri ini melayan kesedihan, aku teras bahuku disentuh lembut. Terasa kelembutan tersebut menyentuh hatiku. Aku lantas menoleh. Wajah manis menyapaku dengan senyuman yang mendamaikan. Aku lupa seketika akan kesedihanku.

“Kenapa ni Jannah? Menangis sorang-sorang kat sini?” ujar Fathanah, masih tidak putus mengukir senyum. Fathanah, rakan sekelasku. Tapi aku kurang rapat dengannya. Mungkin disebabkan peribadi kami yang berbeza. Dan ketika ini dia berada di hadapanku tersenyum manis. bagaikan kami  mesra sebelum ini.

Aku turut tersenyum tanda menghormatinya. Ketika itu, esakanku sudah tidak kedengaran. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di sebelahku.

Aku tidak selesa sebenarnya. Aku tidak suka berkongsi tangis dengan orang yang tidak aku kenali. Tapi dengan Fathanah, serasa ingin sahaja aku hamburkan segala rasa di hati. Mungkin kerana apa yang aku hadapi sebentar tadi terlalu berat buatku.

“Kawan saya mengandung!” tanpa disekat-sekat terpacul perkataan itu dari bibirku.

Fathanah kelihatan sedikit terkejut, namun cepat-cepat senyum diukir untuk menutup kagetnya.

“Jannah malu dengan dia?”

Aku menggeleng.

“Marah?”

Geleng lagi.

Aku pun tak tahu apa yang terkandung dalam emosi aku sekarang ni. Yang penting aku tak boleh terima. Perkara tu terlalu terkutuk buat aku. Perasaan benci aku terhadap Intan meluap-luap.

“Jannah bencikan Intan?”

Aku diam.

“Kesian, Intan. Waktu ni dia amat perlukan seseorang bersama dia. Dia mesti tengah bingung sekarang ni. Tak tahu nak buat apa. Dan orang yang paling dia percayai, lari tinggalkan dia. Jannah boleh bayangkan tak apa yang akan terjadi kalau Jannah tinggalkan dia seorang diri? Mungkin dia akan lakukan perkara yang lebih teruk. Jannah faham maksud Fathanah kan?”

Aku bungkam. Dalam diam aku mengiyakan kata-kata insan yang berada di sebelahku. Tapi keegoanku menolak untuk aku mengangguk. Otakku ligat mencari kata balas. Belum sempat aku membalas,

“ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ”

Aku mengerutkan dahi.

Dia tersenyum seraya menyambung, “ Sahabat pada hari itu akan bermusuhan antara satu sama lain kecuali yang bertaqwa kepada Allah. Hari itu adalah hari kiamat. Kenapa mereka bermusuh? Sebab mereka tidak saling mengingati antara satu sama lain. Jika Allah bertanya kepada salah seorang daripada kita, mengapa kita melakukan maksiat? Kita pun menyalahkan sahabat kita kerana tidak menasihati dan mengingati kita. Jannah nak ke jadi macam tu? Bermusuhan di hadapan Allah? Jannah mesti sayang Intan kan. Jannah mesti tak sanggup bermusuhan dengan Intan. Dan yang paling penting, kalau Jannah sayangkan dia, Jannah mesti tak sanggup tengok dia hanyut dan melakukan perkara-perkara mungkar.”

Aku merasakan air mataku bertakung di tubir mata. Aku cuba tahan. Aku tak ingin menangis di hadapan insan yang tidak berapa aku kenali. Tapi, tanpa aku sedari, aku sudah pun berada di dalam rangkulannya. Kemas. Dan air mataku merembes keluar tanpa segan. Aku tak pasti jika aku yang menghumban diriku ke dalam pelukannya atau dia yang merangkulku dulu. Aku tak pasti.

……………………………..

Aku pulang ke bilik. Aku lihat Intan masih lagi terjelepok di lantai. Tapi dia sudah tidak menangis. Mungkin sudah habis air matanya menangisi nasib diri. Lantas aku rangkul tubuhnya.

“Kau jangan risau Intan. Aku ada di sisi kau. Aku akan tolong kau. Kita sama-sama hadapi masalah ni ye. Aku tak sanggup tengok kau keseorangan,” aku tidak tahu jika kata-kataku mampu menenangkan hatinya yang kusut. Tapi itu sahaja yang mampu aku lakukan kerna aku juga sedang membendung kesedihan yang amat.

………………………………..

Masa berlalu. Intan tidak meneruskan pengajiannya di university tetapi dihantar oleh keluarganya ke rumah pemulihan. Alhamdulillah, dia sekarang sudah berjinak-jinak dengan solat. Membaca Al-Quran sudah menjadi rutinnya. Dia perlahan-lahan mendekatkan diri kepada Allah.

Aku? Sejak kejadian itu, aku semakin rapat dengan Fathanah. Dia mengajarkanku banyak perkara. Jika dulu aku berjeans dan tudung berselempang, kini baju kurung dan tudung labuh menjadi pilihanku. Jika dulu kakiku ringan melangkah ke konsert, Alhamdulillah Allah meringankan langkahku ke majlis-majlis ilmu. Usrah juga turut aku sertai. Subhanallah, begitu banyak perubahan yang aku alami. Subhanallah, Allah menyelitkan hikmah dalam setiap apa yang terjadi.

Sedang aku sibuk melayan perasaan, Fathanah dating menyentuh bahuku dengan lembut.

“Termenung jauh nampak. Fikirkan apa ni?” sapa Fathanah.

Aku tersenyum tawar.

Fathanah mengangkat kening, meminta penjelasan.

“Teringat dosa-dosa lalu, Fathanah,” aku melemparkan pandangan jauh-jauh. Seakan mengimbau kenangan dulu.

Fathanah ketawa kecil. Seraya aku menoleh kepadanya sambil merenung tajam. Kecil hati.

Tanpa mengendahkan pandanganku, Fathanah berkata, “Rasulullah pernah bersabda, “Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat.”

Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Dan burung berkicau mengindahkan lagi suasana pada petang itu.

……………………………….

Dalam aku sibuk mentarbiyyah diri, baru aku sedar sudah lama aku tidak bertembung dengan Firdaus. Memang tidak bertembung, tapi telinga banyak kali juga menangkap butir cerita tentangnya dari rakan-rakan.  Tapi aku malas nak ambil peduli. Dan hari itu kami bertembung jua.

Aku agak dia terkejut dengan penampilan baruku. Tapi dia berlagak biasa sahaja.

Aku seperti biasa, masih dihantui kenangan dulu, tidak senang di hadapannya. Dengan pantas aku mengatur langkah. Sesuatu yang pelik berlaku, dia tidak menegurku seperti selalu.  Kenapa ya? Hatiku tertanya, sedikit kecewa.

Astaghfirullahalazim. Aku segera mengucap. Kepalaku menggeleng  cuba melibas pergi perasaan yang mula berputik.

……………………………………

Di rumah pula, keadaan makin parah. Daddy sudah jarang pulang ke rumah. Mummy pula tak henti-henti membebel atas perubahan sikap Daddy. Aku tak tenang duduk di rumah. Kalau diberi pilihan, aku lebih rela berada di kampus dari berada di rumah yang sentiasa panas walau dilengkapi dengan pendingin hawa. Dan malam itu aku sudah tidak tahan lagi.

“Awak ada perempuan lain kan? Baik ngaku cepat,”jerit Mummy macam orang hysteria.

Suasana diam. Tiada kedengaran suara dari Daddy.

“Say something, please,” Mummy mula melembutkan suara.

Daddy masih bungkam. Malas untuk bertelingkah barangkali. Aku dalam bilik hanya membiarkan. Aku tak terkejut dengan soalan Mummy, sebab aku tahu Daddy tak akan buat macam tu.

“Ye, I ada perempuan lain. I dah bosan hidup dengan you,I….” belum sempat Daddy menghabiskan kata-kata, kedengaran jeritan Mummy yang membelah kesunyian malam.

Aku pula terpaku mendengar kata-kata Daddy.  Jeritan Mummy sudah tidak kedengaran. Aku jadi buntu. Dalam kebuntuan itu, aku nekad untuk melakukan sesuatu.

……………………………………..

Aku tinggalkan banglo mewah itu dengan sekeping surat.  Moga dengan surat itu mampu mengubah keadaan keluargaku. Aku sedar, apalah sangat daya sekeping surat dengan titipan dakwat hitam di atasnya. Tapi aku berharap isi surat tersebut mampu menyedarkan Mummy dan Daddy tentang harapan anak gadis tunggal mereka ini. Sudah dua minggu aku tidak balik rumah. Bukan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, tapi aku perlukan ketenangan dan aku juga harapkan agar selama aku di kampus, aku dapat memberi peluang kepada Mummy dan Daddy untuk memurnikan keadaan.

Masuk minggu ketiga. Aku berjalan pulan ke bilik setelah habis kuliyah. Tiba-tiba….

“Jannah,” dengar macam suara Mummy. Mataku melilau mencari kelibat Mummy. Tiba-tiba pandanganku tertancap pada susuk tubuh bertudung. Aku sangkakan itu Mummy. Tapi mindaku menafikan.

“Ah, Mummy kan tak pakai tudung.”

“Jannah!”

Aku menoleh lagi. Susuk yang bertudung litup perlahan-lahan menghampiriku.  Aku mengecilkan mata, cuba mengecam. Aku terpempam. Subhanallah. Itu Mummy!

Dengan pantas aku berlari memeluknya. Di belakang Mummy pula kulihat Daddy perlahan-lahan menghampiri kami sambil tersenyum. Hanya esakan yang kedengaran. Tiada butir bicara yang terkeluar. Kerana kami bertiga memahami apa yang berlaku, kerana kami bertiga memahami perasaan masing-masing.

……………………………………

Aku gembira kini. Dua perubahan besar berlaku dalam hidupku. Aku tidak lagi resah berada di rumah. Malah, aku tenang. Mummy, Daddy dan aku sama-sama mendalami Islam dan mendekati Allah. Sungguh besar rahmat-Mu ini Ya Allah. Sungguh nikmat hidayah itu indah. Bagai terngiang-ngiang di telingaku firman Allah yang berbunyi, “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” [Qashash:56]

Sungguh, Allah masih menyayangi kami.

Sedang aku beristirahat dalam bilik, pintu bilikku diketuk, kemudian Mummy muncul di muka pintu.

Aku tersenyum, mempelawanya masuk.

“Buat apa anak Mummy ni? Mummy ganngu ke?”

Dengan pantas aku menggeleng, “Eh, taklah Mummy, saje dok rehat-rehat. Petang ni dah bertolak ke kampus.”

Mummy tersenyum dan menatapku lama. Aku hairan.

“Dah besar panjang anak Mummy ni. Cantik. Baik luaran dan dalaman,” ujar Mummy sambil bibir tak putus mengukir senyum.

Hatiku sedikit kembang. Tapi rasa pelik tetap timbul dalam hati.

“Alhamdulillah, Mummy. Berkat kesabaran Mummy besarkan Jannah,” entah kenapa macam skema pula aku dengan Mummy kali ni. Entah kenapa juga, aku rasa getaran yang kuat di dada. Kenapa, ya?

Senyuman di bibir Mummy makin melebar. Kepelikan di hatiku juga makin melebar.

“Dah boleh kahwin dah,” pendek sahaja ucapan Mummy, tapi mulutku melopong agak lebar.

“Eh, Mummy ni. Tiba-tiba je cakap pasal kahwin. Jannah masih belajar lagi la. Ilmu di dada tak cukup lagi,” pipiku merah menahan malu.

“Siapa cakap kalau kahwin kena habis belajar dulu. Nak tunggu ilmu cukup, memang takkan kahwin la anak Mummy ni.”

Aku mula gelisah. Entah angina apa yang buat Mummy cakap pasal ni.

“Alaaa, Jannah tak puas lagi bermanja dengan Mummy,” rengekku manja.

“Takpe, nanti boleh bermanja dengan suami.”

Hatiku bagai dipalu kompang. Eh, kompang?

Berdesup hatiku mendengar perkataan suami. Aku masih mencari makna di sebalik perbualan ini.

Melihat aku yang seakan kebingungan, Mummy merungkaikan dengan ucapan pendek yang turur memendekkan nafasku buat seketika.

“Ada orang masuk meminang Jannah.”

“Hah?”

“Ada orang masuk meminang Jannah.”

“Biar betul?”

“Betul la ni,” ujar Mummy sambil tertawa kecil.

“Si..si…siapa?” aku mula tergagap.

“Firdaus.” Pendek jawapan Mummy.

Aku bagaikan tidak percaya.

“Firdaus mana?” cuba untuk mendapatkan kepastian. Hatiku mengharapkan Firdaus itu, tapi akal warasku menyangkal dakwaan hati.

Mummy tersenyum. Aku galau.

…………………………………………

Letih menguasai diri. Ramai betul tetamu datang hari ini. Tapi, aku gembira. Gembira sebab aku dah jadi zaujah seseorang. Dalam kegembiraan itu, timbul gementar dalam diri. Gementar sebab ada tanggungjawab baru terpikul di bahuku. Tapi, aku gembira sekali lagi. Sebab ada zauj yang berjiwa kental, yang bersemangat jihad yang akan bersama-samaku dalam bahtera rumah tangga. Tiba-tiba, apabila memikirkan tentang zaujku, hatiku berdegup kencang. Di mana dia sekarang? Masih rancak berbual bersam Daddykah? Aku tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan musuhku yang kini sudah sah menjadi suamiku. Ya, telahan hatiku memang benar. Firdaus yang memalukan aku ketika di sekolah rendah dulu, kini telah sah menjadi zaujku. Kadang-kadang aku rasa kejadian yang berlaku macam tak masuk akal.

Fathanah yang menjadi sahabat baikku rupa-rupanya sepupu Firdaus. Malah ketika aku bersedih tentang Intan dulu, Firdaus yang minta pertolongan Fathanah untuk memujukku. Rupa-rupanya, Firdaus nampak aku menangis hari tu. Allahu Akbar. Sungguh indah aturanmu. Kini, aku tidak lagi berseorangan dalam menjalankan misi dakwah. Aku sudah ada zauj yang menemani dan bersama-sama denganku.

Sedang aku melayan angan, aku mendengar bunyi pintu dikuak. Aku berdebar lantas menoleh.

Firdaus senyum.

Aku cuba ukir senyum. Tapi macam tawar je.

Dia duduk di sebelahku. Tangannya mencapai tangan halusku.

“Terima kasih Jannah sebab sudi terima abang,”dia memulakan bicara. Erk, abang? Macam mana ni? Nak panggil dia abang ke?

“Jannah sepatutnya terima kasih pada a..a…abang sebab sudi jadi zauj Jannah. Kalau nak dibandingkan dengan abang, Jannah memang tak layak.”

Phew, terkeluar juga perkataan itu. Rasa macam nak sorok muka bawah tilam je.

Firdaus cuma tersenyum. Mungkin geli hati melihat kegelabahan aku.

“Jannah nak tahu satu cerita tak?”

Aku mengangguk.

“Dulu, bila Jannah cakap Jannah nak kahwin dengan putera raja, abang balik rumah dok fikir je macam mana nak jadi putera raja. Yelah, abang ni anak Tok Imam je. Duit takde. Lama jugak abang fikir tau. At last, abang buat keputusan nak jadi putera agama. Putera yang menegakkan nama Allah di muka bumi dan sekarang ni abang dah jadi putera buat Jannah.”

Aku tersentak. Terasa kata-kata tersebut menusuk lubuk hati yang paling dalam.

Aku cuba mengawal emosi, lalu berkata, “Kalau macam tu, Jannah ni Cinderella jugak la kan sebab kahwin dengan putera.

“Jannah bukan Cinderella.”

Aku mengerutkan dahi.

“Tapi Jannah adalah bidadari di hati abang di dunia dan insyaAllah di syurga.”

Firdaus tersenyum.

Aku membalas senyumannya dengan senyuman paling manis khas buat zauj tercinta.

Advertisements

2 thoughts on “BUKAN CINDERELLA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s